KESIMPULAN
Saya
bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini di syarikat Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Taiping dengan jayanya. Sepanjang tempoh latihan industri
iaitu 5 bulan, saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengajaran melalui
tugasan saya. Selain itu, saya juga telah dapat menambahkan lebih banyak ilmu
pengetahuan dalam bidang perniagaan, pengurusan serta lain – lain bidang yang
bersangkutan. Antaranya :
- Saya telah memperolehi pendedahan dalam alam pekerjaan yang sebenar iaitu sikap berdikari, bertanggungjawab, ramah mesra amat diperlukan ketika mengendalikan pelanggan, kakitangan dan pengurus syarikat. Malahan saya juga harus berani bertanya agar tidak mengulangi kesilapan. Secara keseluruhannya kelebihan dalam berkomunikasi dan berinteraksi amat diperlukan. Saya juga turut mempelajari tugas – tugas berkaitan dengan perlaksanaan e – caruman dan penguatkuasaan bagi lebih mengetahui bagaimana proses kerja dijalankan.
- Saya juga telah meningkatkan penguasaan yang tinggi dalam penggunaan komputer. Ini kerana, segala urusan dan tugasan yang dijalankan adalah melibatkan penggunaan komputer.
- Saya juga telah mempelajari cara mengisi borang dan menyediakan surat – surat rasmi seperti borang A, borang KWSP 1 (i), borang taksiran, surat panggilan temuduga, surat panggilan taklimat, mancatat minit mesyuarat, dan sebagainya. Ini membolehkan saya mengisi dan menyediakan dokumen – dokumen rasmi dengan mudah dan tepat .
- Selain itu, melalui latihan praktikal ini saya juga dapat mempraktikkan apa yang saya telah pelajari dengan skop yang lebih luas dan mengukuhkan lagi penambahan ilmu saya. Semasa saya menjalani latihan industri, saya juga turut terdedah dengan persekitaran luar dan ini telah menjadikan saya untuk lebih berkeyakinan dan tidak kekok apabila berhadapan dengan majikan dan orang ramai.
Kesimpulannya,
saya berasa amat gembira kerana berjaya
menjalankan latihan industri saya di syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (
KWSP) dengan sempurna. Saya amat berpuas hati dengan program Pengajian
Perniagaan ini, yang menjadi komponen utama untuk diperakukan penganugerahan
Diploma. Saya juga dapat memperolehi pendekatan yang mendalam kepada bidang
tugas yang dipilih, malah saya berasa lebih matang dan berpengalaman untuk
menghadapi alam pekerjaan kelak. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Politeknik , Ketua cawangan , Pengurus , Kakitangan
syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah banyak membimbing dan
membantu saya sepanjang saya menjalankan latihan industri.
No comments:
Post a Comment