PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.0 Pengenalan
Latihan
Industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar Politeknik Balik
Pulau ( PBU ) sebelum layak dianugerahkan Diploma Politeknik.
Latihan
Industri diadakan dua kali setahun iaitu Sesi Jun dan Sesi Disember. Saya telah
menjalani Latihan Industri pada sesi Disember 2015 dalam Semester yang keempat.
Kursus yang saya jalani adalah kursus Diploma Teknologi Maklumat
(Pengaturcaraan). Saya menjalani Latihan Industri di Pejabat KWSP Taiping,
Perak.
Pada
setiap semester, Pihak Unit Latihan Dan Perhubungan Industri Politeknik Balik
Pulau, Penang akan memberi peluang buat pelajar-pelajar Politeknik Balik Pulau
ke lokasi industri yang bersesuaian dengan kursus yang telah diikuti sama ada
di jabatan kerajaan ataupun swasta.
Penempatan
tempat latihan boleh dipilih oleh para pelajar sendiri atau melalui pihak
Politeknik ini. Kadang-kala terdapat juga Latihan Industri yang dilakukan tidak
sepenuhnya berkaitan dengan kursus yang di ikuti semasa berada di Politeknik
Balik Pulau.
Walaubagaimanaun,
latihan industri adalah perkara yang penting kepada pelajar-pelajar politeknik.
Hal ini kerana pelajar dapat memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang lebih
mendalam dan efektif. Selain itu, pengalaman yang dipraktikkan dan diamalkan di
alam pekerjaan akan menjadi sesuatu yang berinovasi dan dapat menguji tahap
kemampuan serta pemikiran para pelajar dalam mempelajari tentang cara
menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah semasa menghadapi masalah atau
cabaran dalam sesebuah organisasi syarikat.
Dalam latihan
industri pelajar tidak akan dinilai melalui uiian atau pemeriksaan tetapi
pelajar akan dinilai melalui pemerhatian penyelia masing-masing yang berada
ditempat latihan industri. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu konsisten dalam
menjaga imej politeknik mahupun prestasi pelajar itu sendiri. Pelajar itu akan
dinilai sejauh mana kemahuan dan kefahaman dalam bidang masing-masing. Tambahan
pula, pelajar akan mengetahui tentang persediaan diri dan dapat mengenal pasti
kelemahan mereka dalam membuat sesutu pekerjaan. Pelajar akan menimba pelbagai
pengalaman seperti pengalaman pahit atau manis tetapi itu merupakan lumarah di
dalam menjalani latihan industri. Latihan industri ini dapat mewujudkan
keyakinan dan sikap berdikari dalam diri seorang pelajar.
Di
samping itu, saya juga sempat mengumpul gambar – gambar serta bahan lampiran
yang berkaitan dengan kursus seperti yang terkandung dalam laporan ini dengan
tujuan dapat memberi penerangan yang jelas kepada pihak politeknik.
Keseluruhannya, masa saya banyak dihabiskan dengan aktiviti – akiviti yang
dilakukan ataupun membuat kerja – kerja seperti yang diarahkan oleh penyelia.
Akhirnya
sekali, laporan latihan industri disediakan sebagai pelaporan kepada pihak Unit
Latihan Industri Politeknik Balik Pulau mengenai apa yang telah dilakukan oleh
pelajar semasa latihan industri. Ini membolehkan penilaian dibuat ke atas
pelajar tersebut sama ada objektif-objektif
latihan tercapai. Ianya juga boleh dijadikan sebagai panduan atau manual
untuk melakukan tugas ketika bekerja setelah tamat pengajian nanti.
No comments:
Post a Comment