Saturday 16 April 2016

BAB 2



2.0       LATAR BELAKANG ORGANISASI
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP, adalah merupakan sebuah agensi keselamatan sosial nasional terbesar di Malaysia yang beroperasi sebagai skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada pencarum atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Bagi kemudahan pencarum dan majikan, pihak KWSP kini memiliki sebanyak 66 cawangan di seluruh Malaysia.

Cawangan KWSP Taiping yang terletak di selatan negeri Perak merupakan lokasi di mana saya telah menjalankan latihan praktikum saya. Perjalanan ke pejabat KWSP Taiping dari bandar Hutan Melintang, Perak mengambil masa lebih kurang dua puluh lima minit. Pihak majikan dan ahli atau pencarum mudah berurusan dengan KWSP memandangkan lokasi pejabat yang terletak di Taiping yang merupakan sebuah pusat perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai. Alamat surat – menyurat bagi cawangan ini adalah Tingkat Bawah & Mezzanine, Lot 820-822, Jalan Boo Bee, 34000 Taiping, Perak. KWSP Taiping juga boleh dihubungi melalui talian 05 – 8085889  atau Faksimili 05-8066817.

Waktu operasi pejabat KWSP Taiping adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Waktu rehat pada hari Isnin hingga Khamis adalah dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang dan pada hari Jumaat, waktu rehat adalah dari jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang. Hari Sabtu dan Ahad adalah cuti umum bagi KWSP. Urusan kaunter juga ada dibuka semasa waktu rehat iaitu dari jam 1 petang hingga 2 petang pada setiap hari bekerja. Kaunter akan mula beroperasi pada pukul 8.15 pagi.

Kawasan Operasi bagi pejabat KWSP Cawangan Taiping adalah luas kerana perkhidmatannya selain kawasan sekitar Taiping, ia juga meliputi kawasan seperti pekan Langkap, Tapah, Bidor, Sungkai, Tanjung Malim, Bagan Datoh dan juga Hutan Melintang. Cawangan ini juga meliputi daerah Cameron Highlands, Pahang memandangkan kawasan ini mudah di akses oleh pegawai di Cawangan Taiping berbanding KWSP Cawangan Kuala Kangsar.

Seperti pejabat-pejabat cawangan yang lain, Pejabat KWSP Taiping menjalankan operasi yang ditetapkan iaitu Perkhidmatan Kaunter dan Unit Penguatkuasaan. Bilangan kakitangan di Cawangan Taiping terdiri daripada 6 orang Pegawai dan 25 orang kakitangan biasa. Semasa laporan ini dibuat terdapat 7 orang pelajar praktikal dan 3 orang pelajar skim latihan bersepadu sedang menjalani latihan termasuk saya sendiri.

No comments:

Post a Comment