MISI KWSP
Menyediakan
skim simpanan persaraan yang terbaik kepada ahli.
VISI KWSP
Menjadi
organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan
persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia.
DASAR KUALITI KWSP
Kami
Komited Memberikan Perkhidmatan Berkualiti dan Berinovasi Secara Berterusan
Untuk Memenuhi Keperluan Pelanggan.
Untuk Memenuhi Keperluan Pelanggan.
NILAI – NILAI KORPORAT
UTAMAKAN
PELANGGAN
- Dalam apa jua yang dilakukan untuk ahli adalah bertujuan memenuhi keperluan mereka dan jika boleh, melebihi ekspektasi mereka.
- Setiap polisi, sistem dan prosedur yang dirangka adalah untuk memudahkan setiap ahli berurusan dengan KWSP.
- Menghayati sifat – sifat mesra pelanggan seperti gembira memberi layanan bukan sekadar menjalankan tugas, berbudi mulia, sabar, sopan santun, peramah, hormat menghormati, dapat menyesuaikan diri dalam segala keadaan dan bersedia menerima teguran, kita juga hendaklah memberikan perkhidmatan secara professional.
PENAMBAHBAIKAN
BERTERUSAN
- Mengadakan penambahbaikan dalam pengurusan simpanan ahli yang berterusan dan menyeluruh.
- Penambahbaikan adalah untuk menentukan kita sentiasa memenuhi ekspektasi pelanggan yang akan meningkat dari semasa ke semasa.
INTEGRITI
- Sebagai pemegang amanah kepada Simpanan ahli, setiap anggota KWSP hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah, jujur, ikhlas dan berahlak mulia sepanjang masa.
- Pada bila – bila masa, kepentingan organisasi hendaklah sentiasa mengatasi kepentingan peribadi para anggota.
SEMANGAT
KERJA BERPASUKAN
- Sebagai warga organisasi, kita yakin bahawa kerja berpasukan adalah lebih baik daripada individu.
- Segala tanggungjawab dipikul secara berkumpulan dan keputusan dibuat secara kolektif. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
- Setiap anggota perlu menghayati sifat saling faham-memahami, bertolak ansur dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain ke arah mencapai visi.
No comments:
Post a Comment