Saturday 16 April 2016

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.0  E - CARUMAN

4.0.1 Pengenalan
E-caruman adalah tugasan 1 yang saya pilih bagi Laporan Akhir Latihan Industri. Pengenalan E- caruman adalah kemudahan penghantaran Borang A dan bayaran untuk caruman bulanan oleh majikan secara online melalui laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my.Syarat utama penggunaan e – caruman adalah berdaftar I – akaun majikan. 

Terdapat  beberapa kelebihan e - caruman kepada majikan ialah Transaksi boleh dibuat pada bila – bila masa dan di mana jua , majikan boleh membuat pembayaran dengan cepat, tepat, dan selamat. Majikan juga boleh mendapatkan ketepatan maklumat majikan dan ahli melalui e – caruman online. Semakan status transaksi secara online juga boleh disemak oleh majikan dengan mudah dan cepat. Mesra pelanggan dan “ hassle free “.

Perkhidmatan utama bagi e – caruman ialah majikan boleh membuat penghantaran Borang A dan Bayaran secara online, penghantaran Borang A sahaja, dan penghantaran pembayaran sahaja .
Pilihan yang disediakan untuk bayaran secara online ialah terdapat dua pilihan bayaran secara online iaitu:

  •  Bayaran melalui Direct Debit Authorization

  •   Bayaran melalui Laman Web Bank


Majikan akan mendapat resit bayaran sekiranya bayaran dibuat secara online. Resit bayaran boleh dicetak setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan. Terdapat beberapa jenis borang yang boleh digunakan untuk pilihan penghantaran Borang A online. Jenis Borang A ialah Borang A Pracetak, Borang A Kosong, Muat naik butiran caruman melalui fail format Comma Separated Value (CSV) dan Muat naik butiran caruman melalui Sistem Disket Borang A (SDBA) atau CD atau Disket.

Tindakan yang perlu dilakukan jika majikan memilih untuk muat naik data Borang A menggunakan format CSV atau SDBA ialah majikan dikehendaki menyediakan format CSV (sistem payroll majikan sedia ada) atau SDBA (Sistem Disket Borang A). Majikan perlu mendapat kelulusan format oleh KWSP seperti prosedure semasa. Data yang dimuat naik tidak perlu dikunci (encrypted).

Seterusnya, transaksi Borang A yang telah dihantar secara online akan disimpan di dalam I – akaun majikan untuk tujuan rujukan. Transaksi ini disimpan di I – akaun majikan dan nama fail diberi secara automatik. Butiran Borang A yang telah dihantar secara online digunakan semula untuk penghantaran Borang A bulan caruman yang lain. Cara bagi penghantaran Borang A bulan caruman ialah melalui fungsi salin (copy) bagi jenis Borang A Pracetak dan Borang A Kosong sahaja.

Kemudahan e – caruman ini selamat dari segi langkah – langkah keselamatan telah diambil bagi melindungi data pengguna. Ciri – ciri keselamatan tambahan yang diperkenalkan dalam e – caruman ialah mewujudkan aliran kerja dengan kuasa melulus bagi melaksanakan fungsi e – caruman. Ia bermaksud majikan diberi pilihan untuk melibatkan dua peringkat tindakan iaitu menyedia dan melulus data yang disediakan sebelum penghantaran secara online dibuat dengan melantik Penyedia (Maker) dan Pelulus (Checker). 

Majikan yang berkuasa melantik Penyedia (Maker) dan Pelulus (Checker). Majikan boleh melantik sesiapa sahaja sebagai pentadbir. Pentadbir yang dilantik mempunyai kuasa ke atas kawalan dan penyelenggaran I – akaun majikan. Pentadbir juga diberi kuasa untuk mendaftar sesiapa sahaja sebagai Penyedia (Maker) dan Pelulus ( Checker).

Bayaran Melalui Direct Debit Authorization
Sekiranya majikan memilih untuk menggunakan bayaran melalui Direct Debit Authorization, tindakan yang perlu dibuat oleh majikan. Majikan hendaklah berdaftar peerkhidmatan Direct Debit e – caruman dengan pilihan 13 bank. Borang kebenaran Direct Debit Authorization (DDA) boleh diperolehi di kaunter KWSP atau RHB.Borang DDA yang telah diisi dan ditandatangani perlu dihantar ke kaunter RHB kecuali RHB Easy bagi tujuan pengesahan. Borang DDA yang dihantar perlu disertakan dokumen yang dikeluarkan olh KWSP seperti Borang A Pracetak, penyata caruman dan sebagainya.

Satu Borang DDA hanya untuk satu akaun bank sahaja. Majikan dibenarkan membuka maksimum 4 akaun bank. Majikan perlu mengikut garis panduan mengisi Borang DDA boleh didapatkan di pautan Panduan Mengisi Borang Kebenaran Direct Debit (DDA).

Senarai bank yang berdaftar untuk perkhidmatan Direct Debit ialah 

  •  RHB Bank Berhad

  •  CIMB Bank Berhad

  • Bank Islam Malaysia Berhad

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

  •  Citibank Berhad

  •   Deutsche Bank Malaysia Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad
  •  Malayan Banking Berhad
  •   OCBC Bank Malaysia Berhad
  • Public Bank Berhad
  •  Standard Chartered Bank Malaysian Berhad
  •   Bank Of America Merrill Lynch

Borang DDA akan diproses dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penghantaran oleh majikan. Status permohonan DDA akan dimaklumkan kepada majikan oleh RHB Bank.

Bayaran Melalui Laman Web Bank
Tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan untuk menggunakan bayaran melalui laman web bank ialah majikan perlu mempunyai kemudahan perbankan internet dengan bank yang berkaitan. Jenis akaun  bank yang boleh digunakan bagi membuat bayaran melalui laman web bank ialah Akaun Simpanan dan Akaun semasa.Tiada sebarang caj dikenakan pada majikan. Pihak KWSP hanya menerima pembayaran melalui Maybank2u sahaja jika majikan ingin menggunakan cara ini.
















4.0.2 PERLAKSANAAN PENDAFTARAN E – CARUMAN
DEFINISI
Majikan adalah orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan. Majikan termasuklah:
  • Pengurus , ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja.
  • Mana – mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan.
  • Mana – mana Kerajaan ,Jabatan Kerajaan , Badan – Badan berkanun, pihak – pihak berkuasa tempatan atau badan – badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991.

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata  atau tersirat.






Mendaftarkan Pekerja Sebagai Ahli KWSP
Majikan adalah bertanggungjawab untuk mendaftarkan mana – mana pekerjanya yang belum mendaftar dengan KWSP sebelum caruman pertama dibuat.Pendaftaran ahli boleh dibuat melalui cara – cara berikut: 

Pendaftaran Ahli  menggunakan Borang KWSP 3 di kaunter KWSP atau mel. Pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia hendaklah memberikan butir – butir dan mengemukakan kad pengenalan kepada majikan. Bagi pekerja bukan warganegara Malaysia, pekerja tersebut dikehendaki mengemukakan passport, permit kerja atau visa yang sah serta Borang KWSP 16B kepada majikan. Majikan bertanggungjawab melengkapkan Borang KWSP 3 dan mengemukakan kepada mana – mana kaunter KWSP atau melalui mel untuk pendaftaran.

Pendaftaran Ahli melalui borang caruman bulanan (Borang A) tanpa menggunakan Borang KWSP 3. Majikan dikehendaki memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan yang tepat pada borang caruman (Borang A) semasa pembayaran caruman dibuat. KWSP akan mendaftarkan ahli secara ‘ auto’ jika maklumat yang diterima melalui Borang A adalah lengkap. Pendaftaran melalui kaedah ini hanya terpakai bagi pekerja warganegara dan permastautin tetap Malaysia yang mempunyai kad pengenalan 7 dan 12 digit sahaja. 

Pendaftaran Ahli KWSP melalui Mykad (tanpa Borang KWSP 3) di kaunter. Pekerja perlu mengmukakan Mykad ketika berurusan di kaunter dan semua maklumat peribadi pekerja itu akan disalin semula dari maklumat peribadi di cip Mykad. Maklumat ini akan disimpan secara automatik di dalam sistem KWSP tanpa melalui proses mengunci masuk maklumat tersebut oleh petugas kaunter. Setelah pengesahan diperoleh oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara, pekerja tersebut akan diperuntukkan dengan nombor ahli KWSP. Sekiranya pekerja berkenaan telah mendaftar dengan KWSP, nombor ahli KWSP pekerja berkenaan hendaklah diperolehi daripada pekerja itu sendiri atau dari mana – mana pejabat KWSP yang berhampiran. Nombor ahli KWSP yang diperuntukkan bagi setiap pekerja hendaklah digunakan untuk membayar caruman kepada KWSP serta dalam sebarang urusan dengan KWSP sekiranya berkenaan.

Upah
Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan , harian atau selainnya. Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP :
  • Gaji
  • Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  •  Bonus
  • Elaun
  •  Komisen
  • Insentif
  •   Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti belajar
  • Upah bagi cuti separuh gaji
  •   Bayaran – bayaran lain dibawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya
  • Antara bayaran yang dikecualikan caruman KWSP:
  • Caj perkhidmatan
  • Bayaran kerja lebih masa
  •  Ganjaran
  •  Faedah persaraan
  • Faedah pengurangan pekerja , pemberhentian sementara atau penamatan
  •   Mana – Mana elaun perjalanan atau nilai mana – mana konsesi perjalanan
  •  Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan
  • Yuran pengarah

  

Orang – Orang Yang Diwajibkan Mencarum
Selain daripada beberapa pengecualian, semua individu yang bekerja dan dibayar upah, seperti yang ditakrifkan oleh pelbagai undang – undang Malaysia , wajib mencarum kepada KWSP. Mereka termasuk:
·         1.Pengarah yang dibayar upah
·        2. Pekerja sambilan , pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan
·       3.  Pekerja adalah wajib mencarum hingga umur 75 tahun sekiranya masih bekerja sama ada sudah atau belum membuat pengeluaran penuh / sebahagian selepas mencapai umur 55 tahun
·        4. Pekerja yang mencapai umur 55 tahun dan ke atas, dan tidak pernah menjadi ahli KWSP
·      5. Pekerja yang telah mengeluarkan kesemua simpanannya di bawah Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan , dan bekerja dengan majikan selain daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau mana – mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan
·     6. Pekerja yang telah mengeluarkan simpanannya di bawah Pengeluaran Hilang Upaya , dan telah sembuh dan bekerja semula









Orang  - Orang Yang Tidak Diwajibkan Mencarum
Orang – orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991 adalah dikecualikan daripada mencarum seperti berikut.
·         1.Orang Asli Nomad melainkan jika dalam mana – mana hal tertentu Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli mengesyorkan selainnya.
·       2.Orang – orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 ( Akta 273), kecuali apabila diambil bekerja.
-          Oleh mana – mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta ini
-          Oleh mana – mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana – mana undang – undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan – pertubuhan atau pertubuhan – pertubuhan koperasi , dalam mana – mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran
-          Dalam mana – mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ( Akta 197).
-          Oleh mana – mana perbadanan yang diperbadankan di bawah mana – mana undang – undang bertulis
·        3. Pekerja luar ( sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 ( Akta 273)
·      4.Orang – orang yang ditahan di mana – mana penjara , Sekolah Henry Gurney, tempat tahanan , hospital mental dan Pusat Pemulihan yang mempunyai erti yang sama dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atau penempatan penyakit kusta
·        5.Anggota Pentadbiran Kerajaan (Rujuk Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan)
·         Orang – orang yang diambil bekerja dan Negara domisilnya adalah di luar Malaysia ( Warganegara asing) yang tidak memilih untuk mencarum
·        6.Pekerja yang telah mencapai umur 75 tahun

Membayar Caruman KWSP
Majikan hendaklah membayar caruman pekerja mengikut kadar yang ditetapkan dalam Jadua Ketiga Akta KWSP 1991. Majikan hendaklah membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan iaitu untuk sesuatu bulan upah pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya.Majikan hendaklah pada mulanya bertanggung untuk membayar kedua – dua syer majikan dan pekerja kepada KWSP. Walau bagaimanapun , majikan boleh mendapatkan kembali caruman syer pekerja dengan memotong dari upah pekerja tersebut pada masa upah dibayar pada pekerja itu.
Bulan Caruman
Bulan caruman bermaksud bulan di mana caruman wajib dibayar berdasarkan bulan gaji sebelumnya. Caruman sesuatu bulan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 haribulan bulan berkenaan. Sebagai contoh untuk gaji bulan Januari 2014, bulan caruman adalah Februari 2014 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari. ( Caruman bagi sesuatu bulan merupakan potongan gaji bulan sebelumnya.)










Kadar Caruman
Kadar caruman KWSP ini adalah selaras dengan penetapan umur persaraan minimum 60 tahun berkuat kuasa mulai upah bulan Ogos 2014 bagi caruman bulan September 2014. Kadar caruman KWSP ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut: 
1.   Pekerja yang berumur kurang dari 60 tahun
-Kadar caruman adalah caruman penuh sebanyak 24% (13 % majikan dan 11%) bagi pekerja yang menerima upah RM 5,000 dan ke bawah sebulan dan 23% ( 12% majikan dan 11% pekerja ) bagi pekerja yang menerima upah melebihi RM 5, 000 sebulan dilanjutkan daripada umur 55 tahun kepada 60 tahun. Terakluk kepada jumlah upah dalam Bahagian A , Jadual Ketiga , Akta KWSP 1991.
b    2. Pekerja yang berumur 60 dan ke atas sehingga 75 tahun
-Kadar caruman bagi pekerja berumur 60 hingga 75 tahun adalah sebanyak 50 % daripada kadar caruman berkanun pekerja yang berumur di bawah 60 tahun. Tertakluk kepada jumlah upah dalam Bahagian C , Jadual Ketiga , Akta KWSP 1991.

Kadar caruman pekerja dan majikan sejak 1952 adalah seperti berikut:
Tahun
Caruman Syer Majikan
Caruman Syer Pekerja
Jumlah
1952 - Jun 1975

5%
5%
10%
Jul 1975 - Nov 1980
7%
6%
13%
Dis 1980 - Dis 1992
11%
9%
20%
Jan 1993 - Dis 1995
12%
10%
22%
Jan 1996 - Mac 2001
12%
11%
23%
April 2001- Mac 2002
12%
9%
21%
April 2002 - Mei 2003
12%
11%
23%
Jun 2003 - Mei 2004
12%
9%
21%
Jun 2004 - Dis 2008
12%
11%
23%
Jan 2009 - Dis 2010
12%
8%
20%
Jan 2011 - Dis 2011
12%
11%
23%
Jan 2012 hingga Mac 2016
13% @ 12%
tertakluk kepada upah/gaji bulanan RM5,000
11%
24% @ 23%
April 2016 hingga Jan 2018
13% @ 12%
tertakluk kepada upah/gaji bulanan RM5,000
8%
21% @ 20%
                                                Jadual 2: Kadar Caruman
Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai Ringgit penuh dan tiada nilai sen dibenarkan.

Caruman Syer Pekerja
Majikan hendaklah memotong upah pekerja bagi caruman syer pekerja pada masa upah dibayar. 

Caruman Syer Majikan
Caruman syer majikan adalah bayaran daripada majikan dan tidak boleh dipotong daripada upah pekerja.



Bila Caruman Mesti Dibayar
Caruman syer majikan dan pekerja hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 haribulan selepas bulan upah kena dibayar. Sebagai contoh, Caruman bulan Februari (potongan upah Januari) dan Borang KWSP 6 ( Borang A) Bulan Februari hendaklah dibayar kepada KWSP sebelum atau pada 15 Februari.
Kaedah Pembayaran Caruman Oleh Majikan
Caruman boleh dibayar melalui:
·         1.Tunai
·         2. Kiriman Wang Pos
·         3.Kiriman Wang
·         4.Cek
·         5.Cek Jurubank
·         6.Perbankan Internet

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA. Majikan dikehendaki mencatatkan nombor rujukan majikan dan bulan caruman di bahagian belakang kiriman wang pos, kiriman wang, cek, dan cek jurubank. Sekiranya pembayaran dibuat melalui perbankan internet, majikan perlu membuka akaun di mana – mana bank seperti Jadual A: Senaraian ejen bank yang dilantik untuk perbankan internet.

Majikan boleh membayar caruman (Borang A) dan bayaran – bayaran lain di mana –mana Cawangan KWSP. Bayaran juga boleh dihantar melalui mel ke Cawangan KWSP. Bayaran caruman (Borang A) bersama –sama dengan faedah dan dividen bagi pembayaran caruman tertunggak boleh dibuat melalui di mana – mana ejen bank yang dilantik seperti yang dinyatakan di bawah:



Jadual A senarai ejen bank yang dilantik untuk perbankan internet

·         Public Bank Bhd

·         Cimb Bank

·         Maybank Berhad

·         Hong Leong Bank

·         Citibank

·         Alliance Bank

·         Affin Islamic

·         RHB Islamic

·         UOB Bank

·         OCBC Bank

·         Deutsche Bank

·         Ambank

·         Kuwait Finance House

·         Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

·         HSBC Bank

Pembayaran boleh dibuat di mana – mana cawangan bank bersama – sama dengan borang – borang yang ditetapkan.

Jadual B senarai ejen bank yang dilantik untuk pembayaran di kaunter bank

·         Public Bank Bhd

·         RHB Bank Berhad

·         Maybank Berhad

·         Bank Simpanan Nasionl

Saluran Bayaran
Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:
Saluran Bayaran
Kaunter Peresitan KWSP
(Ibu Negeri/ Shah Alam/ Muar)
Kaunter Bank
Mel
Internet
Kios Bayaran Caruman
Mod Bayaran
1.      Tunai
2.      Kiriman Wang Pos
3.      Kiriman Wang
4.      Cek
1.      Tunai
2.      Cek
3.      Cek
4.      Jurubank
1.      Cek
2.      Kiriman Wang Pos
Pindaan Dana Secara elektronik.
Cek sahaja
Resit Bayaran
Resit rasmi (KWSP 30) akan dikeluarkan apabila bayaran diresitkan oleh KWSP.
Slip bayaran bank dianggap sebagai resit rasmi bayaran.
Resit rasmi dihantar kepada majikan selepas bayaran diresitkan oleh KWSP.
Tiada resit yang dikeluarkan oleh pihak KWSP. Namun majikan dinasihatkan untuk menyimpan slip transaksi bayaran yang dikeluarkan oleh laman web bank berkaitan selepas transaksi  dilaksanakan.
Slip Deposit Cek

Jadual 3 Saluran Bayaran

Proses Pengaktifan TAC Code ( Transaction Authorization Code)

Rajah 4.0 Portal Rasmi Info klik
Proses pengaktifan TAC Code perlu masukkan ID Pengguna dan Katalaluan Pegawai Insepktor untuk masuk dalam sistem bagi meneruskan langkah selanjutnya.




Rajah 4.0.1 Login User ID Dan Kata Laluan
Langkah seterusnya menerangkan tentang Proses pengaktifan TAC (Transaction Authorisation Code) yang akan digunakan untuk transaksi tertentu di I – akaun bagi menjamin keselamatan data. Ini adalah Laman Web https://infoklik.epf.gov.my  untuk mengaktifkan TAC Code. Langkah pertama Proses pengaktifan TAC Code ialah menekan ‘More’, teruskan menekan dengan ‘myEPF Support Centre.




Rajah  4.0.2 Register I-Akaun Majikan
Rajah diatas menerangkan tentang langkah kedua. Proses diteruskan dengan memilih “I – akaun Employers Registration Management”, kemudian diikuti dengan memilih ‘First Time Registration’. Seterusnya proses diteruskan dengan ‘I – akaun Registration for Employers. Pilih pada ‘Non SSM Registration Company’, teruskan dengan memasukan nombor majikan (Employer Number) dan menekan ‘next’ untuk meneruskan proses pengaktifan TAC Code.
Manakala bagi ‘View Listing’ pula, fungsinya adalah untuk menyemak sama ada majikan telah mendaftar dan mengaktifkn I-akaun atau belum. Caranya adalah dengan memasukkan nombor majikan (Employer Number) dan menekan semak. Sekiranya majikan sudah mendaftar, statusnya adalah aktif, tetapi sekiranya masih belum mendaftar status yang akan dipaparkan ialah rekod tidak dijumpai.




Rajah 4.0.3 Butiran Majikan
Proses diteruskan dengan memasukkan maklumat majikan seperti nama majikan, nombor kad pengenalan, jawatan, nombor telefon, email, nombor telefon bimbit registration ke dalam sistem untuk membuat pengaktifan TAC Code. Teruskan proses ini dengan menekan simpan. Dalam masa 3 minit TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila majikan telah mengaktifkan TAC Code. Majikan dikehendaki menggunakan ‘Activation Code’ dalam tempoh masa 30 hari untuk mengaktifkan I – akaun melalui my EPF. Sekiranya majikan tidak menggunakan TAC code dlm tempoh masa yang ditetapkan, maka TAC code yang diterima akan luput.

Cara – cara untuk mengaktifkan TAC adalah majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui I – akaun atau di mana – mana kaunter KWSP. Syarat – syarat untuk pengaktifan TAC ialah majikan telah mendaftar I – akaun. Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian melalui I – akaun atau di mana – mana kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1 

(i). Sebagai contoh apabila majikan terlupa ID Pengguna atau katalaluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna / Katalaluan.

Pendaftaran I – Akaun Majikan Dan E - Caruman



Rajah 4.0.4 Portal Rasmi KWSP
Proses diteruskan dengan pendaftaran I – Akaun majikan. Majikan dikehendaki menaip Laman Web KWSP iaitu www.kwsp.gov.my untuk membuat pendaftaran I – akaun majikan. Kemudian, majkan hendaklah memilih Login ke I – akaun majikan yang mempunyai simbol beg majikan untuk masuk . Laman web ini adalah untuk majikan membuat pendaftaran katalaluan sendiri.

 

Rajah 4.0.5 Login I-Akaun Majikan
Majikan seterusnya perlu memasukkan ID pengguna  iaitu nombor majikan sendiri ke dalam kotak yang diminta dan menekan butang teruskan.

 

Rajah 4.0.6 Kata Laluan
Majikan juga perlu memasukkan kata laluan yang telah direka semasa pendaftaran TAC code. Setiap majikan perlulah memastikan kata laluan yang dimasukkan betul, ini kerana sekiranya kata laluan yang dimasukkan salah, sistem akan menyekat Id  pengguna majikan dari masuk ke dalam sistem.

 

Rajah 4.0.7 Laman Utama Majikan
Setelah masuk ke dalam I-akaun sistem,  nama dan nombor majikan serta nama syarikat akan dipaparkan di laman web tersebut. Ini adalah bagi memastikan majikan masuk ke dalam akaun yang betul.

 
Rajah 4.0.8 Pilihan Jenis Transaksi
Untuk penghantaran borang A secara talian internet, Majikan perlulah memilih butang caruman dan penghantaran butiran caruman KWSP borang A. tetapi sekiranya majikan hanya ingin membuat bayaran caruman shaja, mereka boleh memilih butang bayaran sahaja dan memilih seterusnya


 
Rajah 4.0.9 Pilihan Jenis Borang
Kemudian, selepas menekan butang penghantaran butiran caruman KWSP borang A, sistem akan memaparkan  muka surat yang seterusnya iaitu caruman bagi penyediaan penghantaran online. Di skrin ini, majikan mempunyai empat pilihan untuk penghantaran jenis borang. Bagi majikan yang ingin menghantar borang A online, boleh memilih butang yang pertama iaitu Borang A pracetak. Majikan juga boleh mencetak borang A kosong untuk penghantaran secara manual. Selain itu, bagi majikan yang mempunyai bilngan pekerja yang ramai, iaitu yang melebihi 100 orang pekerja, dan majikan kerajaan mempunyai dua pilihan untuk penghantaran borang A. pertama, majikan boleh memilih butang muat naik butiran carumn melalui fail comma separated value (CSV) iaitu di mana majikan menaip nama dan nombor ahli pekerja mengikut format mereka sendiri. Walau bagaimanapun, majikan tersebut mestilah mendapat kelulusan daripada pihak KWSP sebelum mengahantar melalui sistem tersebut. Kedua,majikan juga boleh memilih untuk muat naik butiran caruman melalui fail sistem disket borang A. Bagi cara ini, majikan boleh mendapatkan format sedia ada daripada pihak KWSP.

 
Rajah 4.0.10 Pilihan Bulan Caruman
Langkah seterusnya majikan perlu memilih bulan samada bulan semasa atau sebelumnya. Majikan juga perlu memilih tahun bagi meneruskan proses. Kemudian menekan pada pilih untuk langkah seterusnya.

 
 
Rajah 4.0.11 Butiran Nama Pekerja Dan Syer
Rajah di atas memaparkan maklumat pekerja seperti nombor majikan, nombor kad pengenalan, nama pekerja dan upah pekerja. Sekiranya ada pekerja yang sudah berhenti kerja atau cuti selama beberapa bulan, majikan hanya perlu memilih kotak nama pekerja dan padam. Untuk menambah pekerja baru, majikan hendaklah memilih butang tambah rekod pekerja baru dan memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP pekerja baru tersebut. Bagi pengiraaan caruman syer majikan dan pekerja, majikan hanya perlu menaip jumlah pendapatan sebulan pekerja tidak termasuk ‘overtime’, ‘unpaid leaves’ dan bayaran ‘claim’. Sekiranya semua maklumat sudah lengkap, majikan boleh memilih butang seterusnya.

 
 
Rajah 4.0.12 Jumlah Bayaran Caruman
Seterusnya, rajah di atas memaparkan jumlah bayaran caruman keseluruhan yang majikan dikehendaki untuk bayar. Selain itu juga, maklumat lain seperti bulan caruman, bulan upah, jumlah pekerja, syer majikan, syer perkerja turut dipaparkan. Ini adalah untuk memastikan semua maklumat adalah benar dan lengkap sebelum borang A dihantar ke laman web KWSP.




 

 

No comments:

Post a Comment