DAPATAN
Semasa
menjalani latihan industri di Syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Taiping,
Perak.Latihan industri adalah perkara yang wajib bagi setiap pelajar menamatkan
pengajian di Politeknik Malaysia. Setelah latihan industri ini tamat
dijalankan, selama lima bulan, saya berpendapat latihan seperti ini adalah
berpatutan dan wajar disertakan sebagai satu komponen utama dalam kurikulum
pembelajaran Politeknik – Politeknik Malaysia, kerana latihan industri memberi
pelbagai manfaat kepada pelajar. Mereka bukan sahaja dapat memantapkan
pengetahuan mereka dalam bidang yang dipilih, malah juga dapat menghadapi
suasana kerja yang sebenarnya. Oleh itu, saya ingin memberikan sedikit cadangan
dan juga komen agar latihan industri ini dapat memberi pendekatan kepada pelajar
– pelajar yang akan datang untuk mencapai objektif dan matlamat latihan
industri secara maksimum.
CADANGAN KEPADA
POLITEKNIK
Pihak
Politeknik perlu bertanggungjawab untuk menerangkan kepada pihak syarikat akan
ojektif latihan industri. Pihak Politeknik hendaklah memberikan garis panduan
perlaksanaan latihan industri kepada syarikat.Pihak Politeknik harus memberi
pendedahan yang secukupnya berkaitan syarikat yang dipilih oleh pelajar
Politeknik. Pelajar baru mengenali alam pekerjaan dan berani untuk menghadapi
suasana yang berbeza serta menyesuaikan diri. Selanjutnya, pihak Politeknik
juga harus mengambil langkah untuk mendedahkan syarikat – syarikat yang akan
memberi latihan kepada pelajar Politeknik serta mengetahui objektif berkaitan
latihan industri. Pihak Politeknik harus memastikan agar pelajar didedahkan
kepada kerja – kerja yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih.
Saya
juga bercadang agar latihan industri ini dijalankan di semester akhir, kerana
pelajar akan dapat pengalaman dan keyakinan yang tinggi untuk menghadapi
suasana kerja yang lebih mencabar. Di samping itu, masalah pengangguran juga
dapat dikurangkan apabila pelajar dibenarkan untuk meneruskan kerja mereka di
syarikat yang sama. Terdapat sebilangan syarikat yang menggunakan kesempatan
ini untuk menjadikan pelajar praktikal sebagai pekerja sementara. Ini adalah
kerana Program Sistem “online” diperluaskan di cawangan KWSP Taiping. Oleh itu,
pelajar berkenaan tidak akan ada berkesempatan mempelajari bahagian – bahagian
lain di pejabat.
Mengikut
latihan industri, seseorang pelajar tidak semestinya melakukan satu jenis
tugas, pelajar hendakah mempelajari sebanyak mungkin tugas kerja yang terdapat
bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya.Pelajar haruslah
berterima kasih kepada pihak syarikat atas kesanggupan menerima pelajar
Politeknik sebagai pelajar pratikum
CADANGAN KEPADA PIHAK
SYARIKAT
Pihak
syarikat terlebih dahulu hendaklah mengetahui apakah tujuan sebenar
pelajar sesi menjalani latihan industri
di tempat terseebut. Pihak syarikat perlu mengadakan satu sesi temuduga sebelum
pelajar memulakan latihan praktikal supaya pihak syarikat dapat mengetahui
latar belakang dan kebolehan pelajar.Pihak syarikat yang menerima pelajar untuk
menjalani latihan industri ini seharusnya menyediakan satu rancangan program
latihan industri bagi tempoh yang ditetapkan. Pelajar – pelajar latihan
industri ini seharusnya diberikan jadual tugasan pada hari pertama sewaktu
induksi .
Justeru,
pihak syarikat juga harus menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar praktikal.
Pihak syarikat boleh meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi
seseorang pelajar dengan memberi komen dan cadangan agar pelajar tersebut dapat
memperbaiki kelemahan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Pihak syarikat
hendaklah mengelakkan dari memberi arahan yang berbeza-beza kepada pelajar. Hal
ini kerana pelajar akan berasa keliru apabila mendapat arahan yang berbeza
daripada staf yang berlainan. Kesilapan dalam tugasan yang di arahkan dapat
dielakkan sekiranya pihak syarikat memberi arahan yang betul dan tepat.
CADANGAN KEPADA PARA
PELAJAR
Para
pelajar politeknik yang mengikuti latihan industri seharusnya berfikiran
positif dalam apa jua keadaan yang berhadapan. Pelajar seharusnya menerima
semua tugasan yang diberikan oleh pihak syarikat dengan minda yang terbuka.Ada
syarikat yang menyuruh para pelajar untuk membancuh air untuk para pengurus.
Dlam konteks ini pelajar tersebut haruslah melakukannya dengan fikiran terbuka
dan tidak terpengaruh dengan para pekerja lain di syarikat tersebut. Adalah
tidak elok bagi pelajar untuk menolak sebarang kerja lebih lagi tidak melawan
cakap peenyelia kerana ini akan menjejaskan nama dan imej Politeknik. Jangan
seperti bahkata pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga. Dalam apa jua
keadaan yang berhadapan pelajar harus mencuba sedaya upaya untuk menjaga nama
baik Politeknik. Tujuan latihan industri adalah untuk para pelajar mengenali
dan menyesuaikan diri dengan alam pekerjaaan.
Pelajar
perlu memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam kerja – kerjanya. Segala tuntuk
ajar yang diberikan oleh pihak syarikat hendaklah difahami dan dipraktikkan
dalam kerja – kerja yang dilakukan .Pelajar – pelajar juga hendaklah
bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang diberikan oleh syarikat dan
menggunakan dengan sebaik – baiknya. Pelajar – pelajar juga hendaklah mematuhi
segala peraturan yang berkaitan dengan syarikat untuk mendisiplinkan diri
sendiri . Nama pelajar dan status Politeknik hendaklah dijaga semasa menjalani
latihan supaya syarikat tersebut menaruh kepercayaan yang sepenuhnya kepada
kita dan pengambilan pelajar praktikal yang seterusnya boleh menjalani latihan
industri pada masa yang akan datang.
THNKS
ReplyDelete