Saturday, 16 April 2016

3.0 PENGENALAN



PENGENALAN
Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri, setiap pelajar praktikal dikehendaki melakukan tugas yang diarahkan oleh Penyelia. Pelajar – pelajar akan bekerja mengikut waktu bekerja rasmi oleh Jabatan berkenaan. Pelajar juga berpeluang untuk belajar dengan lebih terperinci tentang sesuatu prosedur kerja dan perlaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan sempurna.
Pegawai dan kakitangan di pejabat ini juga mengambil berat tentang keperluan pelajar praktikal dan sentiasa memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pelajar. Ini dapat menolong pelajar dalam proses menyempurnakan buku laporan Latihan Industri.

CATATAN PADA BUKU LAPORAN HARIAN
Buku Catatan Harian merupakan dokumen penting untuk mencatatkan sesuatu aktiviti atau tugasan yang dilakukan. Ia perlu dikemaskinikan sepanjang tempoh latihan dan merupakan dokumen penting yang perlu dilengkapkan.
Buku catatan ini amat penting bagi memastikan segala maklumat tentang kerja – kerja yang dilakukan direkodkan dengan teratur sepanjang Latihan Industri dijalankan. Segala maklumat penting harus dicatatkan dengan teliti untuk mengetahui tahap kemajuan secara harian atau mingguan.






JADUAL LATIHAN AMALI

Waktu kerja rasmi   :   8.00 pagi – 5.00 petang
Hari kerja                :   Isnin hingga Jumaat
Cuti                         :   Sabtu dan Ahad dan Cuti Umum

8.00 Pagi                :    Berada di pejabat dan perlu ‘touch in‘ kad sebelum 8.00 pagi                                 
8.15 Pagi                :    Menerima arahan tugas dari penyelia mengikut Jadual Harian.
1.00 Petang            :    Rehat untuk makan tengahari
2.00 Petang            :    Menyambung tugas semula
5.00 Petang            :    Menyiapkan laporan harian dan “ touch out “ kad kehadiran.

No comments:

Post a Comment