Konsep latihan industri adalah sama erti dengan konsep
kerja sambil belajar iaitu mendedahkan pelajar secara langsung terhadap kerja
yang mencabar, bersifat praktikal dan pelbagai ragam. Ia juga adalah sebagai
satu persediaan kepada para pelajar sebelum menceburi alam pekerjaan kelak.
Latihan industri ini juga membentuk pelajar atau penuntut
yang produktif, adventis dan lebih berkeyakinan untuk mencorakkan masa depan
secara praktikal dan bukan berdasarkan konsep teori semata-mata.
- Mendedahkan ciri-ciri bekerja secara berkumpulan dengan cekap dan teratur, memahami perasaan setiap ahli dalam kumpulan serta membina sikap bertanggungjawab dan bekerjasama antara rakan-rakan sekerja seterusnya menghayati erti sebenar berkerja secara berpasukan.
- Pelajar dapat membina keyakinan diri. Mungkin selama ini pelajar merasa tidak ada keyakinan diri untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun tidak bercampur gaul dengan orang ramai. Tetapi dengan adanya latihan industri ini, pelajar akan lebih terdedah kepada alam pekerjaan.
No comments:
Post a Comment