Sunday 17 April 2016

BAB 8 RUJUKAN



RUJUKAN





  • Staff – staff di KWSP Taiping

  •  Risalah KWSP

  •  Buku Laporan Tahunan KWSP 2015

Saturday 16 April 2016

BAB 6 KESIMPULAN




KESIMPULAN

Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini di syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Taiping dengan jayanya. Sepanjang tempoh latihan industri iaitu 5 bulan, saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengajaran melalui tugasan saya. Selain itu, saya juga telah dapat menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan, pengurusan serta lain – lain bidang yang bersangkutan. Antaranya :
  •     Saya telah memperolehi pendedahan dalam alam pekerjaan yang sebenar iaitu sikap berdikari, bertanggungjawab, ramah mesra amat diperlukan ketika mengendalikan pelanggan, kakitangan dan pengurus syarikat. Malahan saya juga harus berani bertanya agar tidak mengulangi kesilapan. Secara keseluruhannya kelebihan dalam berkomunikasi dan berinteraksi amat diperlukan. Saya juga turut mempelajari tugas – tugas berkaitan dengan perlaksanaan e – caruman dan penguatkuasaan bagi lebih mengetahui bagaimana proses kerja dijalankan.
  •       Saya juga telah meningkatkan penguasaan yang tinggi dalam penggunaan komputer. Ini kerana, segala urusan dan tugasan yang dijalankan adalah melibatkan penggunaan komputer.
  •      Saya juga telah mempelajari cara mengisi borang dan menyediakan surat – surat rasmi seperti borang A, borang KWSP 1 (i), borang taksiran, surat panggilan temuduga, surat panggilan taklimat, mancatat minit mesyuarat, dan sebagainya. Ini membolehkan saya mengisi dan menyediakan dokumen – dokumen rasmi dengan mudah dan tepat  .
  •        Selain itu, melalui latihan praktikal ini saya juga dapat mempraktikkan apa yang saya telah pelajari dengan skop yang lebih luas dan mengukuhkan lagi penambahan ilmu saya. Semasa saya menjalani latihan industri, saya juga turut terdedah dengan persekitaran luar dan ini telah menjadikan saya untuk lebih berkeyakinan dan tidak kekok apabila berhadapan dengan majikan dan orang ramai.
Kesimpulannya, saya berasa amat gembira kerana  berjaya menjalankan latihan industri saya di syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) dengan sempurna. Saya amat berpuas hati dengan program Pengajian Perniagaan ini, yang menjadi komponen utama untuk diperakukan penganugerahan Diploma. Saya juga dapat memperolehi pendekatan yang mendalam kepada bidang tugas yang dipilih, malah saya berasa lebih matang dan berpengalaman untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik , Ketua cawangan , Pengurus , Kakitangan syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah banyak membimbing dan membantu saya sepanjang saya menjalankan latihan industri.

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN



DAPATAN
Semasa menjalani latihan industri di Syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Taiping, Perak.Latihan industri adalah perkara yang wajib bagi setiap pelajar menamatkan pengajian di Politeknik Malaysia. Setelah latihan industri ini tamat dijalankan, selama lima bulan, saya berpendapat latihan seperti ini adalah berpatutan dan wajar disertakan sebagai satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik – Politeknik Malaysia, kerana latihan industri memberi pelbagai manfaat kepada pelajar. Mereka bukan sahaja dapat memantapkan pengetahuan mereka dalam bidang yang dipilih, malah juga dapat menghadapi suasana kerja yang sebenarnya. Oleh itu, saya ingin memberikan sedikit cadangan dan juga komen agar latihan industri ini dapat memberi pendekatan kepada pelajar – pelajar yang akan datang untuk mencapai objektif dan matlamat latihan industri secara maksimum.
CADANGAN KEPADA POLITEKNIK
Pihak Politeknik perlu bertanggungjawab untuk menerangkan kepada pihak syarikat akan ojektif latihan industri. Pihak Politeknik hendaklah memberikan garis panduan perlaksanaan latihan industri kepada syarikat.Pihak Politeknik harus memberi pendedahan yang secukupnya berkaitan syarikat yang dipilih oleh pelajar Politeknik. Pelajar baru mengenali alam pekerjaan dan berani untuk menghadapi suasana yang berbeza serta menyesuaikan diri. Selanjutnya, pihak Politeknik juga harus mengambil langkah untuk mendedahkan syarikat – syarikat yang akan memberi latihan kepada pelajar Politeknik serta mengetahui objektif berkaitan latihan industri. Pihak Politeknik harus memastikan agar pelajar didedahkan kepada kerja – kerja yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih.

Saya juga bercadang agar latihan industri ini dijalankan di semester akhir, kerana pelajar akan dapat pengalaman dan keyakinan yang tinggi untuk menghadapi suasana kerja yang lebih mencabar. Di samping itu, masalah pengangguran juga dapat dikurangkan apabila pelajar dibenarkan untuk meneruskan kerja mereka di syarikat yang sama. Terdapat sebilangan syarikat yang menggunakan kesempatan ini untuk menjadikan pelajar praktikal sebagai pekerja sementara. Ini adalah kerana Program Sistem “online” diperluaskan di cawangan KWSP Taiping. Oleh itu, pelajar berkenaan tidak akan ada berkesempatan mempelajari bahagian – bahagian lain di pejabat.
Mengikut latihan industri, seseorang pelajar tidak semestinya melakukan satu jenis tugas, pelajar hendakah mempelajari sebanyak mungkin tugas kerja yang terdapat bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya.Pelajar haruslah berterima kasih kepada pihak syarikat atas kesanggupan menerima pelajar Politeknik sebagai pelajar pratikum
CADANGAN KEPADA PIHAK SYARIKAT
Pihak syarikat terlebih dahulu hendaklah mengetahui apakah tujuan sebenar pelajar  sesi menjalani latihan industri di tempat terseebut. Pihak syarikat perlu mengadakan satu sesi temuduga sebelum pelajar memulakan latihan praktikal supaya pihak syarikat dapat mengetahui latar belakang dan kebolehan pelajar.Pihak syarikat yang menerima pelajar untuk menjalani latihan industri ini seharusnya menyediakan satu rancangan program latihan industri bagi tempoh yang ditetapkan. Pelajar – pelajar latihan industri ini seharusnya diberikan jadual tugasan pada hari pertama sewaktu induksi .
Justeru, pihak syarikat juga harus menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar praktikal. Pihak syarikat boleh meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi seseorang pelajar dengan memberi komen dan cadangan agar pelajar tersebut dapat memperbaiki kelemahan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Pihak syarikat hendaklah mengelakkan dari memberi arahan yang berbeza-beza kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar akan berasa keliru apabila mendapat arahan yang berbeza daripada staf yang berlainan. Kesilapan dalam tugasan yang di arahkan dapat dielakkan sekiranya pihak syarikat memberi arahan yang betul dan tepat.
CADANGAN KEPADA PARA PELAJAR
Para pelajar politeknik yang mengikuti latihan industri seharusnya berfikiran positif dalam apa jua keadaan yang berhadapan. Pelajar seharusnya menerima semua tugasan yang diberikan oleh pihak syarikat dengan minda yang terbuka.Ada syarikat yang menyuruh para pelajar untuk membancuh air untuk para pengurus. Dlam konteks ini pelajar tersebut haruslah melakukannya dengan fikiran terbuka dan tidak terpengaruh dengan para pekerja lain di syarikat tersebut. Adalah tidak elok bagi pelajar untuk menolak sebarang kerja lebih lagi tidak melawan cakap peenyelia kerana ini akan menjejaskan nama dan imej Politeknik. Jangan seperti bahkata pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga. Dalam apa jua keadaan yang berhadapan pelajar harus mencuba sedaya upaya untuk menjaga nama baik Politeknik. Tujuan latihan industri adalah untuk para pelajar mengenali dan menyesuaikan diri dengan alam pekerjaaan.
Pelajar perlu memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam kerja – kerjanya. Segala tuntuk ajar yang diberikan oleh pihak syarikat hendaklah difahami dan dipraktikkan dalam kerja – kerja yang dilakukan .Pelajar – pelajar juga hendaklah bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang diberikan oleh syarikat dan menggunakan dengan sebaik – baiknya. Pelajar – pelajar juga hendaklah mematuhi segala peraturan yang berkaitan dengan syarikat untuk mendisiplinkan diri sendiri . Nama pelajar dan status Politeknik hendaklah dijaga semasa menjalani latihan supaya syarikat tersebut menaruh kepercayaan yang sepenuhnya kepada kita dan pengambilan pelajar praktikal yang seterusnya boleh menjalani latihan industri pada masa yang akan datang.

4.4 TAKSIRAN TUNGGAKAN



4.4.1 PENGENALAN
Tajuk Taksiran tunggakan adalah tugasan ke 3 yang saya pilih bagi Laporan Akhir Latihan Industri ini. Seperti yang telah di terangkan dalam tugasan yang pertama, mana-mana majikan yang gagal mencarum ( MGM ) bagi tempoh yang berkenaan, kini telahpun dikenalpasti. Oleh demikian, bagi majikan-majikan ini yang masih gagal menjelaskan tunggakan bayaran, Pemeriksa akan meminta Majikan untuk mengemukakan dokumen penggajian pekerja bagi tempoh tunggakan berkenaan. Contoh dokumen Penggajian adalah seperti Rekod Gaji, Buku Daftar Gaji Pekerja dan Slip Gaji bulanan. Taksiran tunggakan perlu dibuat bagi mengesahkan jumlah sebenar tunggakan dan bilangan pekerja yang terlibat serta bayaran-bayaran yang sepatutnya dikenakan caruman. Taksiran ini akan digunakan bagi tujuan pembuktian jumlah tunggakan semasa prosiding Pendakwaan di Mahkamah nanti.

4.3 PELUPUSAN DOKUMEN



4.3.1 PENGENALAN
Pengurusan Rekod meliputi tiga peringkat kitaran hayat rekod iaitu pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan serta pelupusan rekod. Pelupusan Rekod Awam perlu diberi keutamaan oleh Jabatan/ Agensi Kerajaan kerana ianya merupakan komponen penting dalam pengurusan rekod. Peraturan mengenai Pelupusan Rekod Awam pada masa ini terkandung dalam beberapa dokumen yang berasingan antaranya Seksyen 26, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629], Bahagian VI – VIII Panduan Pengurusan Pejabat Bil 5 Tahun 2007, Peraturan-peraturan Arkib Negara (Penetapan Borang-borang Bagi Pelupusan Rekod Awam) 2008 dan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2008. Oleh kerana terdapat pelbagai dokumen berkaitan peraturan mengenai pelupusan rekod, ianya mungkin menimbulkan kekeliruan di kalangan pegawai awam terutamanya yang terlibat dan bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan pelupusan rekod awam di Jabatan/ Agensi Kerajaan.
Panduan Pelupusan Rekod Awam yang dihasilkan oleh Arkib Negara Malaysia ini mendokumenkan tatacara dan kaedah pelupusan rekod awam yang boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh Jabatan/ Agensi Kerajaan bagi melaksanakan pelupusan rekod di jabatan masing-masing. Dengan adanya panduan ini, pelupusan rekod-rekod yang terdapat di Jabatan/ Agensi Kerajaan dapat diuruskan dengan baik dan terancang di samping membantu menjimatkan kos, ruang, masa serta menyelesaikan masalah timbunan rekod di jabatan.